Langkau ke kandungan utama

Haji

Upah Haji

Wednesday, December 20, 2017 to Friday, July 20, 2018
UPAH HAJI
Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;
1. Meninggal dunia.
Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.
2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal.
Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.
Hikmah Upah Haji
1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.
3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.
Hanya RM2,000 Sahaja ( untuk satu nama ) untuk upah haji 2017
“PAHALA SEORANG ANAK YANG MENGERJAKAN UPAH HAJI UNTUK KEDUA ORANG TUANYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.”
Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibubapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt).
Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji.
Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibubapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibubapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh ibubapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan.
Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.
Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan upah haji bagi ahli-ahli waris yang ingin menunaikan tanggungjawab mereka. Waris-waris Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Upah Haji dan Umrah Haji bagi tahun Hijrah 1439 / Tahun Masihi 2018 dan PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.
Upah Haji dan Umrah ini dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah Haji dari Malaysia atau yang bermaustautin di MEKAH AL-MUKARAMAH.
Sijil Perakuan perlaksanaan beserta hadiah iringan seperti;
  • Sejadah,
  • Serban / Tudung Kepala,
  • Minyak Attar
  • Air Zam Zam 1 liter
akan dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.
Juga apabila selesai melaksanakan upah haji & umrah haji, Satu Tahlil dan Kenduri Arwah untuk semua arwah2 yang diupah melalui mereka akan di ada di kediaman/penginapan Ustaz.
Untuk Badal Haji kami perlukan nama simati, no kad pengenalan dan nama ibu simati

Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji atau akan diberitahu kelak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊 Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah :  Hari pertama di Jakarta : Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi.  Hari kedua di Jakarta : Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli b