Langkau ke kandungan utama

Tentang Kami

RINGKASAN
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan travel agensi di malaysia yang beroperasi di Taman Kosas, Ampang , Selangor  dan juga  pejabat cawangan di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat kami merupakan salah satu  travel agensi umrah terbaik yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai lesen pelancongan dalam negeri (inbound) , pelancongan luar Negara (outbound) dan ticketing. Kami juga berdaftar dengan  IATA, MATTA, BUMITRA dan MOF sebagai travel agensi di malaysia yang boleh menawarkan pakej umrah Malaysia, percutian luar negara dan dalam negara serta penjualan tiket kapal terbang.
Kami adalah travel agensi di malaysia yang mempunyai sijil akreditasi  ISO 9001 : 2008 yang meletakkan kami sebagai travel agensi umrah terbaik yang menawarkan pakej umrah malaysia yang bermutu serta pakej umrah murah dan vip.  Kami juga telah diiktiraf sebagai penerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy, sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat.
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd juga merupakan pengendali umrah berlesen yang disokong oleh muassasah terbaik di Arab Saudi iaitu Mawaddah International Co serta dibarisi oleh kakitangan yang cekap dan berpengalaman di Malaysia dan Arab Saudi.
Sejajar dengan iltizam menjadi travel agensi umrah terbaik, kami menawarkan pakej umrah ziarah, Pakej upah haji, pakej umrah murah atau vip, lawatan keserata dunia termasuk pakej-pakej dalam negara.
MISI
Misi Syaza ialah menjadi pakar pengendali pakej pelancongan / umrah yang menjadi pilihan utama di pasaran dan memastikan pilihan tersebut berdasarkan kualiti  perkhidmatan kami, standard perkhidmatan kami, keupayaan kakitangan dan perniagaan kami dan kepimpinan yang berpandukan etika syarikat.
PENGENALAN
Syaza Travel & Tours merupakan salah satu syarikat yang berpengalaman dalam bidang perkhidmatan Pelancongan dan Umrah di Malaysia. Portfolio aktiviti kami terdiri daripada pelbagai perkhidmatan seperti yang berikut: –
  • Umrah & Ziarah
  • Tempahan hotel
  • Perkhidmatan tiket penerbangan
  • Susunan pengangkutan dan perkhidmatan sewa kereta
  • Pakej pelancongan antarabangsa serta bagi perjalanan domestik
  • Kumpulan perjalanan intensif & korporat
  • kami juga menyediakan perjalanan bulan madu, percutian, pelancongan, perniagaan, pelancongan pengembaraan, dan banyak lagi.
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd juga berdaftar dibawah lesen berikut:-
  • Kementerian Pelancongan, Malaysia – KPL/LN 4960, 4960/1
  • Lesen Khas Umrah – LKU 0035
  • Kementerian Kewangan, Malaysia No :357-02138093
  • Persatuan Malaysia Tour & Travel Agents No Pendaftaran: MA2662
  • Persatuan Bumitra Malaysia. No Keahlian : BM465
  • International Air Transport Association (IATA) : 20-3 1376 4
  • Sijil ISO 1009:2008: 10432

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

PASAR BARU TRADE CENTRE Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center. Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.  Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi

CATATAN KEMBARA TURKI

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini.  Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini.  Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius.  Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade.

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5 H 4 M)

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah :  Hari pertama di Jakarta : Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi.  Hari kedua di Jakarta : Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Mona situ terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli b